Pages

Subscribe:

Saya Perlukan Rundingan Dari Biodex Perak !!!

Nama Penuh:
Email Address:
No HP
Umur
Tinggi (cm)
Berat (kg)
Usia Perkahwinan
Pernah mendapat rawatan Pakar Sakit Puan ? Ya
Tidak
Masalah kesuburan dan sukar hamil yang dihadapi (sila ceritakan secara terperinci seperti ada msh period tak teratur, senggugut, pernah keguguran, cyst,fibroid, endometriosis dan lain2 yang berkaitan)
Pernah mendapatkan PKB sebelum ini?Jika pernah apakah set yang diambil.

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, 26 July 2012

SENGGUGUT HILANG SELEPAS PENGGUNAAN 2 MINGGU

Alhamdulillah. Puan ni mengambil Biodex ni baru lebih kurang 2 minggu. Sebelum ni setiap kali mensus pasti alami senggugut yang agak teruk. Selepas pengambilan Biodex dgn istiqomah walaupun baru 2 minggu telah nampak kesan yang positif. Untuk hamil adalah sangat penting untuk merawat masalah senggugut terlebih dahulu. Semuanya dengan doa dan izin dariNya.

Monday, 23 July 2012


BILAKAH WAKTU SESUAI UNTUK MEMBUAT UPT?

Bayi Dan Makanan Pejal

Bayi hanya boleh diperkenalkan kepada makanan pejal selepas berusia enam bulan. Memberi anak makan makanan pejal sebelum mereka bersedia boleh meningkatkan kemungkinan berhadapan dengan masalah alergi dan jangkitan.
Lazimnya, selepas berusia enam bulan, bayi sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal. Pada usia ini, bayi sudah boleh duduk dengan sokongan, mampu mengawal kepala dan sudah boleh menggerakkan makanan di dalam mulutnya. Sistem penghadaman dan imun pun semakin kuat. Ketika ini mereka semakin berminat terhadap makanan dan mula ingin mengunyah.
Untuk pengetahuan anda, ada banyak makanan tidak sesuai untuk bayi berusia bawah enam tahun. Antaranya ialah makanan yang mengandungi gandum, gluten, telur, ikan, kerang-kerangan, hati, dan keju yang tidak dipasteur. Hal ini adalah kerana sistem imun bayi masih terlalu muda untuk berhadapan dengan makanan yang boleh menyebabkan alergi atau makanan yang mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya.
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa memberi anak makan awal boleh membantu mereka tidur nyenyak akan tetapi tidak ada bukti yang menyokong penyataan ini. Sekiranya bayi anda pramatang, eloklah berjumpa pakar pediatrik sebelum memperkenalkan makanan pejal kepadanya.

Wednesday, 18 July 2012

Pengalaman Indah


Cepatnya masa berlalu. Gambar diatas adalah anakanda saya Danish bin Tajul Ariffin. Gambar dia tak pakai baju tu, 5 minit lepas keluar dari perut mommy. Punya la kuat dia ngobak(nangis..hihihi) . Alhamdulillah sekarang Danish dah berusia 7 bulan. Anak yang sihat, ceria dan sangat aktif. Kuat makan, kuat nangis, kuat main, kuat minum susu....mommy sangat happy melalui setiap detik indah bersama mu wahai anak, Walau pun  tak dinafikan kadang2 mommy sangat penat tapi mommy yakin setiap titik peluh dan kepenatan yg mommy lalui ni adalah apa yg mommy rindukan 6 tahun dahulu. Alhamdulillah....setiap detik sangat berharga dan memberikan satu pengalaman baru buat mommy. Membesarlah wahai anak. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi anak dan khalifah yang terbaik.Semoga mommy dan daddy dapat bergantung harap pada mu di usia emas kami kelak. Mommy dan daddy akan lakukan apa sahaja untuk mu wahai anak. Insyaallah jika ada rezeki Danish akan menjadi abg yang hebat dan terbaik untuk adik2 mu. Amin.....  

Saturday, 14 July 2012

Hariku Yang Terakhir

Ya Allah,
Seandainya ini adalah hari ku yg terakhir, ku mohon pdaMu...
Ambil lah aku dalam keadaan yg telah Engkau redha,
Ambil lah aku setelah Engkau telah mengampuni segala dosa2 yg tlah aku lakukan,
Secara aku sengaja atau pun tidak,
Dosa kecil dan besar yg tlah aku lakukan..

Ya Allah,
Campaklah aku ke dalam nerakaMu,
Kerana sesungguhnya aku tlah byk berdusta padaMu,
Terlalu lalai dalam ajaranMu,
Mengkhianati CintaMu,
Dosaku yg bertaburan ibarat pasir di padang pasir,
Ibarat lautan yg terbentang luas,
Tidak terhitung segala dosa yg telah aku lakukan,

Tetapi,
Ya Allah,
Aku amat mensyukuri sekira nya Engkau memasukkan aku ke dalam Jannatul Mu Ya Allah,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya rahim,
Sesungguhnya,
Telah ku lihat sendiri,
Telah aku saksikan,
Betapa agungnya cintaMu,
Cinta yg tak pernah berhenti setiap kali aku berdusta padaMu,
Kerap kali aku lalai terhadap tanggungjawapku,
Sujud ku yg tidak khusyuk,
Dan perjalananku yg terlalu rapuh,
Semua itu tidak pernah menjadi penghalang bagiMu utk mencintaiku Ya Allah,

Ya Allah,
Andai ini adalah hari terakhirku,
Pimpin lah aku menuju ke SyurgaMu,
Kerana aku ingin kekal untuk bersamaMu,
Tidak aku sanggup utk ke nerakaMu,
Juga aku malu utk ke SyurgaMu,
Aku berserah padaMu Ya Allah......

Ya Allah..
Tiada janji yg tidak pernah Engkau mungkiri,
Al-Quran telah menyatakan itu, Dan itu adalah panduan,
Untuk aku terus menadah tangan padaMu,
Kerana....
Tidak satu pun makhluk yg Engkau ciptakan,
Mampu memberikan janji yg kekal seperti mana Engkau Ya Allah..
Tiada yg mampu memberikan Cinta yg kekal,
Kecuali Engkau yg telah menciptakan kami...

Ya Allah,
Tubuhku ini hanyalah satu pinjaman daripda Mu,
Terima kasih kerana telah melengkapkan aku,
Nafas yg aku hembus setiap hari,
Jantung yg berdegup setiap saat,
Kaki yg melangkah ke mana2pun,
Tangan yg memberi suap kepada anak2ku,
Mata untukku melihat,
Semua ini adalah milikMu,

Di mana..
Bila tiba hari Engkau memanggilku,
Semua ini akan kembali jua kepadaMU,
Daripada Engkau kami datang....
Kepada Engkau juga kami kembali...

Ya Allah...
Terima Kasih...
Terima Kasih di atas CintaMu yg kekal.......

Hasil Nukilan..
Sofea Tan Bte Abdullah...