Pages

Subscribe:

Saya Perlukan Rundingan Dari Biodex Perak !!!

Nama Penuh:
Email Address:
No HP
Umur
Tinggi (cm)
Berat (kg)
Usia Perkahwinan
Pernah mendapat rawatan Pakar Sakit Puan ? Ya
Tidak
Masalah kesuburan dan sukar hamil yang dihadapi (sila ceritakan secara terperinci seperti ada msh period tak teratur, senggugut, pernah keguguran, cyst,fibroid, endometriosis dan lain2 yang berkaitan)
Pernah mendapatkan PKB sebelum ini?Jika pernah apakah set yang diambil.

Click here to put a form like this on your site.
Showing posts with label Perihal Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Perihal Kehamilan. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

10 punca suami isteri tidak subur


Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.

Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.

1.    Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
2.    Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
3.    Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
4.    Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
5.    Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
6.    Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
7.    Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
8.    Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
9.    Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
10.  Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Thursday, 25 June 2015

Jangan Malas Berjalan Kaki!


Kebanyakan ibu hamil tentu setuju kalau dikatakan agak malas hendak berjalan di hujung usia kehamilan. Saiz perut yang semakin membesar membuatkan ibu rasa seperti mahu duduk di atas troli dan ada orang menolaknya jika mahu ke mana-mana.
Tetapi ibu perlu tahu bahawa dengan rajin berjalan kaki sepanjang kehamilan dan terutamanya pada trimester ketiga, ia memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Tetapi ia juga bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri dan perlu mengikut cara yang selamat.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu, ibu perlu berjalan kaki selama 150 minit atau lebih kurang antara 20 hingga 25 minit setiap hari. Berjalan kaki dapat membuatkan ibu berasa cergas dan aktif. Bahkan ia membantu ibu mendapatkan berat kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko keguguran, bayi meninggal dalam kandungan dan paling utama masalah diabetes ketika hamil.
Ibu juga akan berasa lebih bertenaga, mudah tidur, mengurangkan tekanan ketika hamil dan secara psikologi, ibu akan lebih kuat dan bersemangat. Aktiviti berjalan kaki mudah dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada alasan untuk ibu katakan tidak punya masa untuk melakukan senaman jalan kaki.
Berikut beberapa idea aktiviti berjalan kaki yang ibu boleh lakukan setiap hari.
*Parkir kereta di tempat yang jauh daripada pintu masuk ke pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia membuatkan ibu perlu berjalan sekurang-kurangnya beberapa minit.
* Jangan asyik membeli belah secara online sahaja dengan alasan malas hendak berjalan kerana perut semakin besar. Sesekali keluar membeli belah barangan bayi di pusat membeli belah. Secara tidak langsung anda sudah melakukan aktiviti berjalan kaki.
*Bawa anak bermain di taman. Jangan malas membawa anak yang sedia ada untuk beriadah di taman. Selain menemani anak, anda juga boleh beriadah sama dengan berjalan kaki.
*Gunakan tangga berbanding lif. Ia kedengaran zalim tetapi ketahuilah manfaatnya kepada ibu hamil. Tetapi ia sesuai untuk naik ke satu atau dua tingkat berbeza sahaja! Ini kerana naik turun tangga juga sama kesannya dengan berjalan kaki.
*Jangan malas bergerak. Sekiranya ada urusan di pejabat yang ingin disampaikan kepada rakan di jabatan lain, anda boleh berjalan ke arah mereka berbanding menggunakan teknologi e-mel atau Whastapp. Walaupun jaraknya dekat tetapi jika kerap dilakukan sehari sekurang-kurangnya anda telah melakukan senaman berjalan kaki pada hari itu.

Artikel : http://pama.karangkraf.com

Saturday, 20 October 2012

Prolaktin Berlebihan



Apa itu Prolaktin?

Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggung jawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.

Perubahan Prolaktin semasa hamil

Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu.

Prolaktin dan kesukaran hamil

Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.
Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan anda kitaran haid anda terganggu.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.

Tanda-tanda Hyperprolaktinimia

  • Keluar susu dari payudara
  • Payudara bengkak dan sakit
  • Haid yang tidak teratur atau tiada langusng
  • Kurang nafsu
  • Sukar hamil
  • Sakit kepala
  • Kabur penglihatan

Sebab-sebab prolaktinaemia

Prolaktinoma
Ialah sejenis ketumbuhan yang tumbuh didalam kelenjar pituitari dan merembeskan hormon secara berlebihan dalam badan wanita yang mengalami masalah prolakinaemia. Selalunya ia tidak membahayakan selain dari menyebabkan wanita menglami masalah kesuburan, tetapi kadang-kadang,ia boleh mempengaruhi penglihatan.
Ubat
Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan prolaktin dikeluarkan dengan banyak. Sebagai contohnya, beberapa jenis ubat antikemurungan, ubat penahan sakit, ubat darah tinggi dan dadah boleh menyebabkan kenaikan paras prolaktin.
Hypothyroidism
Remesan hormon prolaktin yang berlebihan juga boleh berlaku kepada mereka yang mengidap hypotiroid, keadaan dimana terdapat kekurangan pengeluaran hormon tiroid.
Lain-lain sebab
Kehamilan, menyusu badan, rangsangan pada puting juga boleh meninggikan prolaktin dalam badan tetapi ini adalah normal dan semulajadi dan tiada kaitan dengan sebarang penyakit.

Diagnosa

Ujian darah tahap prolaktin yang tinggi menunjukkan yang anda mengalami hyperprolactinoma
Tetapi doktor juga mungkin menyarankan beberapa ujian lagi seperti:
  • CT/MRI otak untuk melihat samada ketumbuhan terdapat pada kelenjar pituitary.
  • Ujian penglihatan: untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi penglihatan

Rawatan

Rawatan selalunya mengunakkan ubatan seperti Bromocriptine untuk mengurangkan tahap prolaktin dalam darah. Bila prolaktin kembali normal, ovulasi akan berlaku dan haid anda akan datang dengan sendirinya. Walaubagaimanpun, sekiranya ia terlalu tinggi dan disebabkan oleh prolatinoma, doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.


Wednesday, 17 October 2012

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI






1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.

Tuesday, 16 October 2012

PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA



1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.

2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.

3.Endometriosis.
Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.

4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5.Masalah pada rahim.
Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.

Tuesday, 4 September 2012

Proses-proses Kelahiran


1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
  • Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
  • Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.
 2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.
 3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
 Info
Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 
sumber : PA&MA

Thursday, 16 August 2012

Risiko Perjalanan Jauh Buat Ibu Hamil


pic a
Ketika hamil, anda mudah berasa letih. Tambahan pula, daya tahan tubuh semakin berkurangan. Ikuti ulasan lanjut, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Balakrishnan Subramaniam.

Di awal usia kandungan, anda masih boleh melakukan perjalanan dalam jarak perjalanan yang jauh. Namun, tidak bagi anda yang mengalami komplikasi kehamilan seperti pendarahan, muntah yang teruk ataupun pernah mempunyai sejarah keguguran di kehamilan terdahulu.Sama juga halnya dengan anda yang hamil lebih daripada 34 minggu.
Anda tidak digalakkan berjalan jauh terutamanya perjalanan yang  mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Apatah lagi jika laluan yang digunakan tidak rata.Ketahuilah, perjalanan jarak jauh yang dilakukan pada akhir usia kandungan, mendedahkan anda kepada risiko kelahiran pramatang. Sehubungan itu, wanita hamil yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh turut berhadapan dengan risiko yang sama.
Walau bagaimanapun, jika perjalanan jauh masih perlu diteruskan, anda  harus memberi perhatian kepada kesihatan diri sendiri. Oleh yang demikian, duduk dalam kedudukan yang betul dan selesa, jangan duduk terlalu lama, jauhi alkohol, minum air dalam jumlah yang banyak dan keraplah melakukan senaman regangan ringkas atau pergerakan kaki. Langkah sebegini amat penting untuk dititikberatkan bagi mengelakkan masalah darah beku, memperbaiki perjalanan darah, menggalakkan regangan otot yang akhirnya dapat memberikan keselesaan kepada diri anda sepanjang perjalanan.
            Sementara itu, antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan jarak jauh adalah sentiasa membawa ubat yang dibekalkan oleh doktor yang memeriksa kehamilan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan khususnya kepada anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma. Anda juga dinasihatkan sentiasa membawa bersama rekod pemeriksaan kehamilan terutamanya bagi yang mempunyai kandungan bermasalah.
Namun, adalah lebih baik untuk anda mengelakkan perjalanan jarak jauh di akhir usia kehamilan. Sekiranya berlaku kelahiran pramatang, risikonya bukan sahaja kepada bayi yang dikandung, tempiasnya turut akan mengenai diri anda sendiri.
Guna kereta
Perjalanan jarak jauh yang menggunakan kereta adalah pilihan terbaik untuk anda. Dengannya, anda boleh berhenti di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Tidak kira sama ada di tepi jalan atau di kawasan rehat lebuh raya, anda boleh mengambil kesempatan untuk berehat seketika untuk melakukan senaman regangan.
Perlu anda tahu bahawa ibu hamil mempunyai komposisi darah yang boleh mengakibatkan pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya jika darah beku menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam tubuh sehingga membahayakan nyawa. Secara tidak langsung bayi dalam kandungan juga boleh diancam mudarat yang sama.
 Naiki kenderaan awam
Seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas dan kereta api. Hal ini kerana, anda tidak berupaya untuk bergerak bebas kerana tempat duduk yang disediakan agak sempit. Kaki anda juga sentiasa terjuntai dan tidak dapat diluruskan. Keadaan sebegini tentunya kurang menyelesakan apatah lagi kebanyakan bas berhenti sekali sahaja sepanjang perjalanan bagi membolehkan para penumpang berehat.
Penerbangan melalui pesawat
Menaiki pesawat dikatakan tidak selamat bagi wanita hamil atas alasan
faktor logistik. Adalah lebih mudah untuk anda mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital dengan menaiki kenderaan darat berbanding udara apabila berlaku hal-hal kecemasan.
Apatah lagi, kebanyakan pesawat di mana-mana jua syarikat penerbangan tidak dilengkapi dengan kelengkapan khusus untuk menyambut kelahiran bayi. Keadaan akan bertambah buruk andainya berlaku komplikasi atau kecemasan sewaktu proses kelahiran bayi semasa di udara.
Sekiranya masih perlu menaiki kapal terbang, anda mungkin memerlukan surat rujukan daripada doktor menyatakan bahawa anda dan kandungan sihat, dan sesuai untuk melalui perjalanan itu. Bagi memudahkan pergerakan, anda dinasihatkan memohon tempat duduk yang berdekatan dengan laluan dan bukannya di tepi tingkap.
Info
Ketika berada di dalam kereta, pastikan anda memakai tali keledar. Langkah ini penting untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan. Jangan risau mengenai isu bayi dalam kandungan dihimpit oleh tali keledar memandangkan dia dilindungi air ketuban. Air berkenaan adalah mekanisme perlindungannya.
Pakai tali keledar dengan meletakkan tali itu di bahagian perut iaitu sebawah yang mungkin. Tali di bahagian dada pula diletakkan di antara kedua-dua belah payu dara. Dalam pada itu, dinasihatkan agar anda sentiasa menukar kedudukan tali dari semasa ke semasa supaya ia memberi keselesaan berpanjangan.
 
Tip tambahan
1. Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan anda cergas dan tidak mengantuk serta letih ketika dalam perjalanan.
2. Pakai pakaian dan kasut yang selesa.
3. Bawa bekalan makanan dan minuman mencukupi. Elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat.
4. Apabila berada dalam keadaan duduk yang agak lama, letakkan bantal kecil di belakang dan cuba lunjurkan kaki. Keadaan ini boleh mengurangkan kaki menjadi bengkak dan dalam masa yang sama memperbaiki peredaran darah. Posisi ini penting bagi anda yang mengalami varicose veins.
5. Jika melakukan perjalanan jarak jauh dengan menggunakan kereta, pastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan baru diservis.
6. Rancang perjalanan dan jangan tergesa-gesa di jalan raya. Berhenti pada bila-bila masa yang diperlukan untuk melakukan senaman regangan bagi memperbaiki peredaran darah.
(Sumber: Pa&Ma September 2012)

Wednesday, 15 August 2012

Kenali Proses Kontraksi

pix
Bayi belum “turun” tetapi pinggang sudah lenguh. Perut pula semakin memulas. Sakitnya semakin lama semakin kerap. Adakah itu tanda hampir bersalin?
Seawal tiga minggu dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. Selain itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menandakan anda telah sampai ke peringkat awal proses bersalin. Pengecutan rahim merupakan asas utama yang akan memulakan keseluruhan proses bersalin. Rahim merupakan organ reproduktif wanita yang akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran. Ia merupakan dua fungsi yang bercanggah untuk satu organ yang sama.
Otot-otot yang terdapat di dinding rahim adalah jenis smooth muscle yang tidak dapat dikawal seperti otot-otot pergerakan di kaki dan tangan. Jadi, pengecutan otot ini bergantung kepada tindak balas saraf dan hormon-hormon yang dilepaskan ke dalam sistem badan ibu oleh janin yang dikandungnya.
Pemerhatian klinikal menunjukkan pengecutan bermula dari bahagian atas rahim dan merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia berlaku berulang-ulang kali dengan kekerapan yang semakin tinggi. Namun, sebelum aktiviti maksima ini, proses yang sama telah pun berlaku tanpa disedari. Proses ini sebenarnya adalah proses yang normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan bukaan faraj berada dalam kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses kelahiran.
Kesakitan yang dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. Pengecutan yang kerap menyebabkan otot semakin kekurangan oksigen, suatu keadaan yang menimbulkan rasa sakit di dalam otot itu sendiri. Selain itu, tekanan ke atas komplek saraf yang tersepit di antara dua struktur bertulang yang keras iaitu kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan sakit bersalin ke semua arah. Kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak secara aktif. Untuk kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan 1 cm setiap sejam.
Bayi akan mula turun melalui rongga yang telah tersusun dan membuka. Penurunan ini akan menimbulkan satu lagi punca kesakitan apabila bayi sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga vagina dan semua otot-otot pelvik di peringkat akhir proses bersalin juga memberikan rasa sakit.
Seringkali anda dinasihatkan untuk terus ke hospital sebaik sahaja tanda-tanda awal bersalin berlaku. Dalam julat masa yang singkat ini, terdapat segelintir daripada anda yang terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan ibu atau anak dalam kandungan. Selain dari tu, pemantauan perlu dimulakan sebaik sahaja sakit bermula bagi ibu yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung ataupun masalah perubatan yang lain. Kedudukan bayi perlu ditentukan untuk memastikan ia betul-betul sesuai untuk kelahiran biasa. Sekiranya air ketuban telah pecah, keadaan tali pusat bayi perlu ditentukan juga. Bagi masalah tali pusat yang keluar terlebih dahulu sudah tentu memerlukan pembedahan dilakukan dalam masa 10 minit untuk menjamin keselamatan bayi.
Sekiranya keadaan ibu dan bayi adalah baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran tersebut. Kurang dari 3 cm menandakan proses bersalin peringkat awal. Bukaan pangkal rahim yang lebih besar dari 3 cm menandakan proses aktif telah bermula. Penentuan kaedah kawalan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status tersebut. Bergantung kepada kaedah yang disediakan di hospital, doktor akan memberikan kaedah yang bersesuaian.  
Mengambil kira kelahiran pertama sebagai contoh, antara kaedah yang dicadangkan ialah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural. Suntikan ubat tidak lagi sesuai sekiranya bukaan mencecah 8 cm. Dikhuatiri bayi akan mengalami kesan ubat dan susah bernafas sebaik sahaja dilahirkan. Sedutan sendiri gas Entonox boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang proses kelahiran malah boleh diteruskan semasa proses pengeluaran uri atau jahitan dilakukan. Epidural pula hanya boleh diberikan sekiranya terdapat khidmat doktor bius khusus di bilik bersalin, lengkap dengan kakitangan serta peralatan bantuan untuk menangani sebarang komplikasi. Jadi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapat maklumat lanjut. Maklumat ini tentunya akan melegakan perasaan cemas yang anda rasai.
Kontraksi palsu
Ada ketikanya, sebaik sahaja bergegas ke hospital, kesakitan reda dengan sendirinya. Biarpun begitu, anda perlu meneruskan pemeriksaan doktor bagi memastikan punca kesakitan tersebut. Ini kerana jangkitan kuman dalam air kencing, radang yang melibatkan appendiks atau usus boleh menimbulkan kesakitan yang sama. Dengan adanya tanda-tanda klinikal yang menjurus kepada lain-lain diagnosis selain sakit bersalin, doktor akan meneruskan pemeriksaan faraj.
Ketahuilah, kontraksi palsu akan hilang dengan sendiri. Ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat. Tiada juga terdapat tanda-tanda pendarahan atau lelehan air ketuban. Tambahan pula pemeriksaan ultrasound menunjukkan tempoh kehamilan masih awal dan bayi berada dalam keadaan yang baik.Rawatan khusus akan diberikan dan biasanya anda diarahkan untuk berehat di rumah untuk tempoh sementara antara tiga hingga tujuh hari sehinggalah pemeriksaan semula dilakukan.
 INFO
Bagi mengurangkan sakit kontraksi, anda digalakkan mengiring ke sebelah kiri. Ia membolehkan suami mengurut bahagaian belakang dan tidak mengganggu peralatan yang digunakan. Paling penting, ia tidak akan menyebabkan gangguan aliran darah kembali ke jantung. Jika mengiring ke sebelah kanan, rahim akan menghimpit saluran pembuluh darah utama ke jantung!

sumber : pa&ma

Info Seks : Inginkan Zuriat Cepat Dan Sihat, Tingkatkan Kualiti Sperma


info4
“Sejauh mana kesuburan anda dan pasangan? Sudah menjadi lumrah di alam perkahwinan, zuriat diimpikan dalam kehidupan berkeluarga sebagai pelengkap dalam kehidupan.”
‘Subur’ dari segi hubungan intim tidak semestinya difokuskan kepada wanita sahaja. Lelaki juga perlu memiliki kesuburan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat yang sihat dan cepat. Anda perlu ketahui cara untuk meningkatkan kesuburan sperma, agar penantian untuk mendapatkan zuriat tidak terlalu lama.
Anda menginginkan sperma yang subur dan aktif, teruskan membaca dan praktikkan dalam kehidupan seharian, bermula dari sekarang. Cubalah!
1. Ambil Vitamin C dan E serta herba
Vitamin C dan E dapat membantu sperma menjadi kuat untuk berenang dan bergerak, seterusnya memberi peluang yang tinggi untuk mendapat zuriat. Selain itu, herba Maca, Ginkgo Biloba, Muira Puama, dan Horny Goat Weed juga dapat meningkatkan kesuburan sperma anda.
2. Makanan yang tinggi kandungan zat besi
Tiram mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dalam kategori makanan laut. Untuk peningkatan kesuburan sperma yang berpanjangan, perbanyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang, marjerin dari bunga matahari dan tomato.
3. Minum air mineral
Elakkan tubuh dari terhidrat, yang menjadikan sel dalam badan kering dan tidak subur. 6 gelas air sehari perlu diminum agar pengaktifan sel sperma ditingkatkan.
4. Lakukan senaman kegel (alat sulit)
Senaman kegel perlu dilakukan selalu agar alat sulit anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan aktif! Semasa membuang air kecil, cuba hentikan atau lambatkan aliran air kencing. Apabila anda boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing, maka anda sebenarnya berjaya mengenal pasti kedudukan otot kegel tersebut, kerana untuk menghentikan aliran air kencing, kita perlu menarik otot di bawah bahagian kelengkang. Itulah sebenarnya otot Kegel.
Dalam keadaan sedang duduk, tarik atau kecutkan otot kegel dalam lima kiraan secara perlahan. Kemudian, lepaskan semula otot tersebut juga dalam lima kiraan secara perlahan. Ulangi lagi sebanyak 10 kali. Lakukan senaman sedemikian sebanyak tiga kali sehari. Setelah beberapa hari, ubah cara latihan dengan melakukan senaman tersebut dalam pelbagai kedudukan seperti berdiri, berbaring bahkan semasa semua kedudukan di dalam solat. Latihan sedemikan harus diteruskan dari masa ke semasa. Dengan senaman sedemikian, bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas bahkan meningkatkan lagi kemampuan alat sulit anda.
5. Aktif melakukan hubungan intim
Hubungan intim bersama pasangan sebenarnya dapat meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Selain meningkatkan kemampuan untuk memiliki zuriat, tubuh badan juga akan menjadi sihat.
6. Bersenam
Senaman larian atau berjoging dapat meningkatkan kualiti penghasilan sperma di samping pengaliran darah yang lancar ke bahagian zakar. Seterusnya, testosteron akan menghasilkan sel sperma yang banyak di kala itu!
Selain mencuba tip di atas, anda juga perlu sentiasa berusaha untuk memiliki zuriat yang diidamkan. Usah gusar dan putus asa sekiranya anda lambat memiliki cahaya mata. Ini kerana, kurniaan Tuhan yang diberikan mempunyai hikmah disebaliknya. Teruskan usaha, anda pasti akan berjaya.
Info Tambahan :
Sel sperma yang subur akan bertahan selama 24 hingga 36 jam untuk sekali pancutan. Seterusnya, ia akan dikitar semula dan sel sperma yang baru akan matang dalam tempoh 24 hingga 36 jam yang seterusnya!

Thursday, 21 June 2012

6 Sebab Seks Perlu Lebih Dihayati

Kesibukan dengan kerja dan menguruskan rumah tangga membuatkan ramai para isteri hari ini tidur dalam keadaan kepenatan. Faktor yang sama juga membuatkan ramai antara wanita ini yang cuba mengelak melakukan hubungan intim.

Antara taktiknya, buat-buat tidur atau masuk tidur lebih awal daripada suami. Jangan diteruskan sebegini. Anda seharusnya tidak patut menolak suatu perkara yang mendatangkan banyak manfaat bukan saja pada diri anda tapi suami anda juga.

Harus diketahui hubungan seksual mencetuskan banyak keistimewaan yang tersirat. Tidak mustahil, setelah mengetahuinya pasangan terasa ingin selalu bersama. Berasmara dan hayati setiap detik penuh makna.

1. Beri Ketenangan Jiwa Dan Minda
Antara percaya dengan tidak, hubungan seksual yang berlangsung secara normal mampu memberikan ketenangan dan kelancaran dalam rumah tangga. Secara tidak langsung, ia memberikan lebih kekuatan dan keyakinan dalam diri suami mahupun isteri untuk menghadapi kehidupan yang serba mencabar dewasa ini.

Selain kesan dari sudut psikologi, hubungan intim juga dikatakan berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar. Menarik bukan.

2. Lebih Aktif Dan Sihat
Suami ataupun isteri yang kerap melakukan hubungan seks dikategorikan sebagai pasangan yang aktif fizikal. Ini kerana, setiap pergerakan dan pernafasan sewaktu berhubungan memberi kesan senaman, secara tidak langsung membakar kalori dalam badan.

Sebab itulah individu yang mempunyai kandungan kalori yang rendah dilihat lebih aktif dan sihat berbanding individu yang terlebih kalori.

3. Sistem Tubuh Isteri Lebih Teratur
Seronoknya mendengar fakta-fakta menarik untuk melakukan hubungan seksual. Rupa-rupanya banyak faedah yang mana salah satu darinya ialah menjadikan isteri lebih sihat. Sebenarnya, aktiviti seks berupaya membantu perjalanan sistem tubuh wanita untuk jalani peredaran haid yang normal dan sempurna. Jadi, mitos-mitos negatif yang mengatakan hubungan seksual menyakitkan disangkal terus setelah mengetahui kebenarannya di sini.

4. Kesan Awet Muda
Sememangnya wanita sinonim dikaitkan dengan kecantikan. Maka tidak hairanlah apabila golongan ini sanggup berhabis duit untuk kekal cantik dan awet muda. Ada bermacam cara selain mengamalkan pola pemakanan, gaya hidup serta produk-produk kecantikan yang berlambak di pasaran.

Salah satu yang paling mudah untuk awet muda adalah dengan melakukan hubungan seksual. Dikatakan, suami isteri yang kerap bersama memberi kesan awet muda. Relevannya, hubungan seks mencetuskan keseronokan dan kegembiraan. Kesan dari itu mereka akan sentiasa tersenyum dan positif hingga kelihatan awet muda.

5. Elak Kanser Prostat
Berita gembira untuk para suami di luar sana. Hubungan seks yang dilakukan secara kerap membantu mengelakkan mereka dari terkena kanser prostat. Bagaimanapun, ini hanyalah satu dari berpuluh punca yang mendorong terjadinya penyakit tersebut.

6. Ganjaran Pahala
Keinginan seksual adalah fitrah setiap manusia. Disebabkan itulah kita wajib berkahwin untuk merasai nikmat keseronokan bersama selain menambah bilangan umat Muhammad di dunia.

Hubungan halal yang dituntut dalam Islam merupakan satu ibadah dan sekiranya suami mahupun isteri peka pada ganjaran yang diberi oleh Allah S.W.T tentu masing-masing tidak cukup masa untuk lakukannya.

sumber : mw

Tuesday, 19 June 2012

Khas Buat Ibu Yang Bekerja

Ibu yang bekerja pasti susah hati jika anak tidak mahu menyusu daripada botol kan. Jangan risau,semua ibu yang fully breastfeed boleh cuba gunakan kaedah ini 2 minggu sebelum mula bekerja. Latih anak untuk minum ebm menggunakan picagari, cawan atau botol.

Sunday, 10 June 2012

Monday, 28 May 2012

RAHIM TERBALIK

Rahim terbalik bukan sesuatu yang merbahaya atau menggerunkan. 20% wanita di dunia mengalami rahim terbalik. Antara penyebab rahim terbalik adalah faktor genetik, kehamilan terdahulu , wanita menopose akibat kekurangan hormon estrogen dan penyakit endometriosis. Rahim terbalik tidak akan menjejaskan proses mendapatkan zuriat seandainya tidak mempunyai penyakit yang lain.

Tuesday, 15 May 2012

TANDA KEHAMILAN

AKU HAMIL KAH??!!
Sebagai seorang wanita,berita kehamilan adalah berita yang paling gembira sekali. Betul tak? Tapi ada juga yang bersedih bila lihat upt double line. Hihihi...Tapi saya sangat2 lah gembira bila lihat UPT tu double line. Al maklum la 6 tahun menunggu. Mari kita lihat antara tanda-tanda kita hamil.

1) Kitaran haid tertinggal
2) Mabuk atau 'morning sickness'
3) Perubahan mood
4) Payu dara membengkak dan adakalanya sakit
5) Mengidam atau kadang2 tak suka makan
6) Letih padahal sebelum ni cergas je
7) Kerap kencing
8) Hidung tiba2 jadi sensitif ( bau tumis tak boleh,bau ikan tak boleh..hihihi)
9) Semput atau lelah
10 ) Sakit belakang

Hari sepatutnya period tapi tak datang period, saya terus je buat upt test. hik hik hik....Alhamdulillah double line. yahoooo....terima kasih Ya Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui segalanya. 

Mami sayang sangat Danish. 
Harta yang tidak ternilai. Alhamdulillah

Monday, 30 April 2012

Kenali Gejala Penyakit Tiroid

Hari ini saya rasa nak bercerita mengenai penyakit tiroid. Saya percaya ramai yang tidak tahu betapa penyakit ini adalah penyumbang kepada masalah ketidaksuburan dan membawa kepada masalah sukar hamil.  Saya ingat lagi suatu ketika dahulu setiap kali saya menjalankan rawatan kesuburan untuk hamil, perkara pertama yang doktor akan periksa mesti tiroid. Masa tu saya memang tak tahu apa itu tiroid dan apa kaitannya dengan kehamilan. 

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama yang terletak di hadapan leher. Ia akan menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme iaitu sistem yang membantu tubuh menggunakan tenaga.

Penyakit tiroid ni boleh memperlahankan atau mempercepatkan metabolisme dengan mengganggu penghasilan hormon tiroid. Apabila hormon terganggu pelbagai masalah akan dihadapai termasuk lah KESUKARAN UNTUK HAMIL. 

Antara gejala penyakit tiroid yang kita boleh kesan :

1)   Penambahan atau penurunan berat badan yang mendadak
2)   Pembengkakan pada leher
3)   Perubahan pada kadar denyutan jantung
4)   Perubahan dalam tenaga atau perasaan/mood
5)   Kehilangan rambut
6)   Rasa terlalu sejuk atau panas
7)   Kulit kering dan rapuh
8)   Rasa kebas atau berdenyut pada tangan
9)   Sembelit
10) Haid yang banyak
11) Lemah otot atau tangan bergetar
12) Masalah penglihatan
13) Cirit birit
14) Haid tidak tetap

Oleh kerana penyakit tiroid ini boleh menyebabkan perubahan dalam kitaran haid dan mood, gejalanya kadang kala dianggap sebagai gejala menopaus. Jika anda rasa mungkin anda mengalami masalah tiroid, segeralah berjumpa dengan pakar.

* ramai yang mengalami masalah tiroid berjaya hamil dengan Biodex. semuanya dengan izin-Nya.
 

KEGUGURAN.....Ibu jangan salahkan diri sendiri

Apabila berlakunya keguguran, sudah pasti kita akan merasa tertekan dan sangat sedih. Bermacam-macam persoalan akan timbul dan kita para wanita ni akan mula menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kandungan dengan lebih berhati-hati. Jika kesedihan yang dialami tidak ditangani dengan baik, mungkin kita akan mengalami masalah kemurungan yang teruk.

Sebenarnya ia adalah perkara yang sangat semulajadi jika ibu keguguran merasa sedih, terkejut, bersalah, marah dan merasa gagal untuk menjadi wanita yang sempurna akibat dari kehilangan kandungan.Lebih menyedihkan lagi sekiranya itu merupakan bayi sulung yang amat dinantikan kehadirannya dalam rumahtangga. Disebabkan kehilangan itu kadang-kadang boleh membuatkan kita kehilangan mood dan sukar untuk melelapkan mata. Namun , anda perlu ingat bahawasanya anda harus bekerja dengan lebih keras lagi supaya minda anda sentiasa di dalam kawalan yang sebaik-baiknya. 

Di sini saya ada sedikit panduan buat anda yang pernah mengalami keguguran. Semua panduan ini adalah hasil pembacaan saya yang saya oleh sedikit mengikut ayat caca merba saya ye :). Topik ni saya pilih sebab saya ada ramai pengguna Biodex yang mendapatkan khidmat rundingan dengan saya yang pernah keguguran sehinggakan mengganggu emosi mereka dan memberi kesan pada rumahtangga mereka. Sampai satu tahap , di sebabkan sering keguguran , membuatkan bakal ibu tadi membuat keputusan untuk berhenti berusaha bagi mendapat zuriat sendiri.

1) FAHAMI PUNCA KEGUGURAN
Anda perlu ingat ianya bukan salah anda. Ketahuilah keguguran dan komplikasi semasa hamil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sepanjang menangani kesedihan ni anda tak perlu katakan mengenai mana salah dan mana yang betul. Cuba untuk terima dan fahami perasaan anda seadanya dan jangan sesekali menilai diri sendiri mahupun pasangan terhadap respon keguguran itu.

2) BERI PELUANG PADA DIRI SENDIRI
Cuba lah berusaha supaya tidak memberikan tekanan pada diri sendiri terutama untuk melupakan kesedihan yang dialami dalam tempoh yang singkat. Berikan masa pada diri sendiri kerana masa akan membantu anda berhadapan dengan perkara ini dan percaya bahawa ini semua adalah ketentuan-Nya, insyaallah ketenangan akan dapat dirasai.

3) JANGAN TUTUP PINTU HATI
Sungguhpun sukar bagi anda untuk meluahkan apa yang anda rasa,namun anda perlu juga bercerita mengenai perasaan anda kepada teman yang anda selesa.Mungkin ada diantara mereka yang pernah mengalami keguguran seperti anda dan dapat berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui. 

4) DAPATKAN SOKONGAN DARI PAKAR
Anda perlu berjumpa dengan doktor yang merawat mahupun kumpulan sokongan ibu yang sangat banyak terdapat di lama web. Anda akan mendapat panduan untuk berhadapan dengan emosi yang dialami. Dengan ini ia juga dapat memberikan kekuatan bahawa kehilangan yang pertama ni bukan penamat  kepada kehidupan anda mahupun peluang untu mendapat cahaya mata pada masa hadapan.

*abaikan le ye typing error yg sangat banyak membukit. I sangat bercinta nak check. huhuhu....


RAWATAN BIODEX UNTUK YANG KERAP/MUDAH /PERNAH KEGUGURAN



SET MUDAH ATAU KERAP GUGUR

1. WOMAN LOBATA RM138

2. LIQUID MANJA PRUNE RM58
3. DTOXY RM88
4. SUPREMIX RM90
5. IGC MILK RM98

RETAIL : RM472

NOW : RM 425 + FREE DELIVERY + CONSULTATION



Friday, 27 April 2012

SIMPTOM-SIMPTOM PERLU DIAWASI KETIKA HAMIL

Tidak semua kehamilan berjalan dengan lancar. Ada yang berhadapan dengan masalah sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. Saya akan senaraikan antara tanda-tanda kehamilan yang bermasalah dan perlukan nasihat doktor. Oppss saya bukan doktor ye. Saya dapat ni semua dari pembacaan dan saya suka nak kongsikan dengan semua.

1- sakit di bahagian abdomen
2- berlaku pendarahan atau tompokan darah
3- perubahan pada vagina.mungkin berair atau berdarah
4- sakit semasa membuang air kecil
5- kerap muntah atau diikuti oleh demam atau pening
6- gangguan penglihatan seperti imej bertindih,kabur,pandangan kelam atau silau
7- berpeluh pada muka atau mata menjadi sembap, berpeluh pada tangan,sesekali atau tiba-tiba berpeluh pada kaki atau pergelangan kaki atau pertambahan berat secara mendadak(lebih dari 1.8kg dalam masa seminggu)
8- pengsan,kerap pening dan jantung berdegup laju
9- sukar bernafas,batu berdarah atau sakit dada
10-sembelit diikuti oleh sakit pada abdomen melebihi 23 jam
11-gatal pada badan, tangan,kaki, tapak tangan atau kaki.

Sekiranya ada antara anda yang mengalami tanda-tanda di atas,atau tidak pasti...segera lah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ini sebab tubuh ibu hamil selalunya akan berubah secara drastik dan sukar untuk kita kenal pasti sama ada normal atau sebaliknya.

Saya doakan yang terbaik buat anda semua. Semoga yang terbaik sahaja untuk anda dan keluarga anda. Amin.