Pages

Subscribe:

Saya Perlukan Rundingan Dari Biodex Perak !!!

Nama Penuh:
Email Address:
No HP
Umur
Tinggi (cm)
Berat (kg)
Usia Perkahwinan
Pernah mendapat rawatan Pakar Sakit Puan ? Ya
Tidak
Masalah kesuburan dan sukar hamil yang dihadapi (sila ceritakan secara terperinci seperti ada msh period tak teratur, senggugut, pernah keguguran, cyst,fibroid, endometriosis dan lain2 yang berkaitan)
Pernah mendapatkan PKB sebelum ini?Jika pernah apakah set yang diambil.

Click here to put a form like this on your site.
Showing posts with label Perihal Anak. Show all posts
Showing posts with label Perihal Anak. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

Berhati-Hati Dengan Objek Kecil

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, rajin-rajinlah menyapu lantai rumah atau lebih mudah memvakum sahaja persekitaran rumah anda. Kalau boleh jadikan ia sebagai rutin harian dan untuk lebih mudah apa kata buat sistem giliran antara papa dan mama.
Mengapa pentingnya membersihkan lantai rumah anda? Ini kerana si kecil terutama yang sudah pandai merangkak pasti akan ‘mengemas’ persekitaran rumah anda. Pastinya dalam kesibukan dia meneroka kawasan banyak ‘harta-benda’ yang ditemui.
Sememangnya lumrah bayi kecil yang baharu belajar mengenal dunia untuk memasukkan apa sahaja objek yang ditemui ke dalam mulut. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran si kecil tapi dalam masa yang sama ia mengundang bahaya kepada nyawa anak anda.
Maka, untuk mencegah kejadian yang tidak diinginkan berlaku, selain daripada memastikan kawasan rumah bebas daripada sebarang objek kecil yang berbahaya, ada beberapa tips berikut yang boleh dilakukan:
*Memastikan semua alat permainan bayi selamat. Tiada objek kecil yang boleh dicabut atau ditanggalkan dengan mudah.
*Pastikan alat permainan yang berbateri mempunyai penutup bateri  yang tidak mudah dibuka.
*Pastikan semua objek kecil disimpan pada tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi anda.  Pertumbuhan mereka sangat pantas. Jika minggu lalu dia belum boleh mencapai objek di atas meja, mungkin minggu ini dia sudah mampu melakukannya.
*Pastikan pengasuh bayi mengetahui tentang bahaya jika bayi tertelan objek kecil.
*Sebaiknya papa, mama dan pengasuh mempelajari bantuan kecemasan sekiranya anak mengalami tersedak atau tertelan objek.
*Sekiranya anak tertelan objek kecil, segera berikan bantuan kecemasan kemudian bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
KONGSI tip ini supaya dapat menjadi peringatan dan pengajaran bagi setiap ibu bapa.
Artikel : http://pama.karangkraf.com

Tuesday, 4 September 2012

Anak Menangis, Papa Usah Panik



pix c
Kenapa bayi menangis
Sebenarnya, menangis merupakan cara bayi berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya sebelum dia tahu bercakap. Bagi ibu bapa baru, tangisan bayi dikatakan serupa sahaja. Akibatnya mereka rasa keliru dan tidak tahu apa yang diingini oleh anak.  Tapi lama kelamaan, setelah berbulan-bulan bersama anak, tangisan tersebut mula dapat dibezakan. Dan anda tentunya tidak lagi panik.
Untuk pengetahuan papa semua, kalau anak anda menangis, ada beberapa makna. Antaranya ialah:
  • Sebab basah
  • Sebab lapar
  • Perlukan perhatian
  • Rimas akibat terlalu banyak perhatian
  • Sakit
  • Penat
  • Sudah terjaga daripada tidur
  • Rasa tidak selesa
Apakah yang perlu papa lakukan?
Pakar pediatrik dan papa-papa berpengalaman ada beberapa panduan untuk anda agar tenang berhadapan dengan bayi yang menangis.
  • Bertindak segera
Anda perlulah cepat memberikan tindak balas terhadap tangisan anak. Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia dan dukunglah dengan penuh kasih sayang. Bercakaplah padanya dengan suara yang lembut. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat berhenti.
  •  Rapat
Jika anak sudah menangis, bawa bayi rapat ke muka anda sebab jika dia buka matanya, dia akan nampak anda. Hasilnya, dia akan rasa tenang dan seterusnya berhenti menangis kerana tahu anda berada dekat dengannya.
  • Periksa sekeliling anak
Periksa sama ada anda perlu salinkan lampinnya atau pun tidak? Semasa menukar lampin tersebut, periksa juga kulit bayi anda untuk melihat adakah kulitnya ada ruam lampin ataupun tidak? Ruam lampin lazimnya membuatkan anak rasa tidak selesa terutamanya ketika basah lebih-lebih apabila terkena air kencingnya.
  •  Haus
Lihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum, berikan dia susu kerana dia mungkin haus.
  •  Periksa suhu badan anak
Sekiranya anak sejuk, selimutkanlah dia dan jika dia panas, tukarkan pakaiannya kepada yang lebih nipis agar anak lebih selesa.
  •  Bawa anak berjalan-jalan
Ramai bayi akan berhenti menangis jika dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan cara ini. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis.
  •  Gunakan bunyi-bunyian
Anda tentu tahu bahawa pada trimester ketiga kehamilan, bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan ibunya. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio atau sebagainya.
  •  Jangan goncang bayi anda
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan ibu bapa rasa tertekan setiap kali anak mereka menangis. Akibatnya mereka akan menggoncang-goncang bayi tersebut dengan harapan dia akan berhenti menangis. Ketahuilah bahawa tindakan tersebut sangat bahaya kerana boleh mencederakan. Goncangan yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pada otak bayi, kecederaan tulang belakang dan kematian.
  •  Bawa anak ke tempat lain
Anda tentu tidak terfikir yang anak anda menangis ialah kerana bosan. Bosan dengan persekitarannya. Oleh itu, bawalah anda bersiar-siar melihat kawasan sekitar yang lebih berwarna-warni dan menyegarkan.
  •  Periksa keadaannya
Jika anak anda menangis seperti berada dalam kesakitan, perhatikan pada tubuhnya, mungkin dia digigit semut atau serangga lain. Mungkin juga anak anda menangis kerana kolik. Bayi yang mengalami kolik lazimnya akan menangis dengan kuat untuk satu jangka masa yang panjang, mukanya akan berubah menjadi kemerah-merahan, perutnya kelihatan tegang, menangis sambil menarik-narik kaki, dan mengepalkan tangannya. Jika berhadapan dengan masalah ini, anda perlulah membantu meringankan kesakitan anak dengan mendukung dan mendodoinya secara perlahan-lahan. Pada masa yang sama, usaplah punggung dan perutnya secara lembut. Sekiranya tangisan berterusan, bawalah anak berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah lain.
 Berhadapan dengan bayi yang menangis benar-benar menguji kesabaran. Sebagai papa, anda mestilah banyak-banyak bersabar, bertenang dan bertindak mengikut suara hati. Bukan mengikut perasaan.  

sumber : PA&MA

Anak Jejaskan Hubungan Intim?



pix
Keletihan dan komitmen baru isteri setelah bergelar ibu membuatkan suami terabai. Akibatnya, bahang asmara semakin suam. Jadi, anda sebagai suami cubalah bantu isteri untuk menghangatkannya kembali. Untuk itu, marilah dapatkan tip berkesan.
Kehadiran anak mengubah segalanya. Bagi ibu baru, memang sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Dalam kesakitan, keletihan dan emosi yang tidak stabil, dia masih perlu berikan perhatian pada si kecil. Jadi, tidak hairanlah jika mereka terlepas pandang pada anda yang bergelar suami.
Bagi ramai wanita, mengadakan hubungan intim dengan suami boleh jadi sangat mencabar selepas ada anak. Kehadiran anak menjadikan mereka hampir tidak ada masa untuk pasangan. Setiap detik hanyalah untuk anak. Lebih-lebih pada peringkat awal bergelar ibu. Keadaan bertambah kronik jika anda sebagai suami tidak membantu. Seperti yang kita semua ketahui, bayi sangat-sangat perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya. Jadi, ringan-ringankanlah tangan sekiranya anda mendapati isteri kelam-kabut menguruskan anak dan rumah tangga sendirian. Apabila isteri sudah kurang sibuk, pasti dia ada masa untuk anda. Betul tak?
Bersama-sama ini ada beberapa idea bagaimana untuk terus bermesra dengan isteri selepas ada anak:
  • Berbincang
Lazimnya, anak membuatkan pasangan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dengan anak. Langsung tidak ada masa untuk anda. Cara terbaik bagi memastikan aktiviti seksual tidak terganggu ialah dengan menetapkan masa untuk bersama. Berbincanglah bersama isteri dan cari waktu yang sesuai yang boleh anda luangkan bersama. Diakui bukan mudah untuk mencari masa luang lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Tapi percayalah. Mesti ada jalan. Yang pentingnya kemahuan. Tepuk dada tanya selera.
 
  • Mesti kreatif
Ramai pasangan enggan melakukan hubungan kelamin kerana bimbang anak akan nampak atau dengar apa yang mereka lakukan. Jika hal ini menjadi masalah anda dan isteri, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Lakukannya di dalam bilik tetapi jangan lupa mengunci pintu. Selain itu, ajar anak mengetuk dahulu pintu bilik sebelum masuk. Anda boleh juga melakukannya pada waktu malam tatkala anak sedang tidur. Tapi, pastikan jangan terlalu bising hingga mengganggu tidur mereka. Kalau susah sangat, waktu mandi pun boleh.
  • Timbulkan rasa seronok
Setelah berjaya meluangkan masa bersama isteri, berseronoklah dan nikmati saat itu sebaiknya. Sebaik-baiknya, elakkan daripada bercerita tentang anak-anak. Lupakan mereka buat sementara. Ketahuilah bahawa masa bersama isteri tidak seharusnya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak perkara boleh anda lakukan selain itu. Misalnya, bermanja-manja, menonton filem menarik dan mandi bersama.
Patut papa lakukan:
  • Aturkan percutian romantik bersama isteri untuk kembalikan kehangatan cinta semalam.
  • Lakukan perkara-perkara romantik bersama isteri seperti yang biasa anda lakukan dahulu.
  • Belajar untuk fahami perubahan fizikal dan emosi isteri setelah bergelar ibu.
  • Tawarkan diri untuk menjaga anak agar isteri ada masa untuk dirinya sendiri.
  • Berikan isteri hadiah yang boleh menggembirakan hatinya.
  • Sentiasa memuji kecantikan isteri. Tetapi pastikan anda ikhlas.
  • Luahkan apa yang anda rasa padanya. Tidak kiralah sama ada yang positif mahupun negatif. Semua ini untuk keharmonian rumah tangga anda berdua.
Jangan buat:
  • Merungut padanya tentang kehidupan anda berdua yang sudah jauh berbeza.
  • Memaksa dia dapatkan kembali susuk tubuh seperti ketika baru berkahwin dahulu.
  • Memandang remeh susah payah isteri menjaga keluarga.
  • Asyik hendak berkepit dengan isteri tanpa memikirkan yang dia bukan milik anda seorang.
  • Memaksa dia memperuntukkan masa untuk anda sedangkan anda tidak membantunya menguruskan anak-anak.

Tip segarkan dunia seksual anda
1. Pengertian makna seksual sebenar
Beritahu diri bahawa seks bukanlah hubungan intim semata-mata. Malah, lebih daripada itu. Oleh itu, para suami luang sedikit masa di pagi hari untuk membelai mesra rambut isteri sebagai tanpa kasih dan sayang anda pada isteri.
2. Kisah cinta anda berdua
Cubalah elakkan daripada bercerita tentang anak-anak tatkala anda sedang berdua-duaan dengan isteri. Berceritalah tentang kisah cinta anda berdua dan impian pada masa hadapan. Pasti lebih menyeronokkan.
3. Jadi lebih kreatif
Untuk bermesra dengan isteri, tidak semestinya di rumah. Ada banyak tempat yang boleh anda pilih. Misalnya di hotel. Fikirlah sendiri mana yang sesuai dengan cita rasa anda berdua. Yang pentingnya anda berdua rasa gembira.
4. Aksi spontan
Hubungan kelamin bukan hanya di bilik. Banyak lagi ruang di rumah anda yang boleh dijelajah untuk berikan kelainan. Tapi, sebelum itu, pastikan tidak ada yang perasaan aktiviti anda berdua. Terutamanya anak-anak.
5. Lebih realistik
Jangan malu-malu minta pada isteri jika anda ‘mahu’ kerana isteri tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anda. Lebih baik berterus-terang. Kalau tidak ada yang tidur tak nyenyak. 
sumber : Majalah PA&MA

Friday, 17 August 2012

Beli Siap, Makanan Segera atau Masak Sendiri?


pix a
Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi, ramai di kalangan mereka masih tidak faham makna sihat yang sebenar. Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa beranggapan, jika anak mereka bertubuh besar maknanya dia sihat dan cukup makan. Jadi, tidak perlu risau tentang pemakanannya. Sebaliknya, anak yang bertubuh kecil, dianggap tidak cukup makan walaupun sebenarnya nutrien dan zat yang mereka peroleh setiap hari mencukupi.
Agar anak kurus mereka  jadi ‘gemuk’, ramai ibu bapa tidak kisah apa yang anak mereka makan. Yang pentingnya anak ingin makan. Bagi mereka, lebih baik anak makan makanan segera daripada langsung tidak mahu makan. Tanggapan seperti inilah perlu ditangani segera agar peratusan anak yang dibesarkan dengan makanan segera ataupun makanan siap berkurangan dan digantikan dengan makanan daripada air tangan ibunya sendiri.
Sepatutnya, untuk memastikan ahli  keluarga anda sentiasa sihat, perlulah diamalkan tabiat pemakanan yang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia.
Bagi memenuhi keperluan tenaga dan tahap pemakanan anda dan keluarga, pilihlah makanan yang terdiri daripada nasi, mi, roti, bijirin dan ubi. Hal ini kerana makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli keluarga.
Harus diingat, demi untuk kesihatan seisi keluarga, pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa lemak penting untuk kesihatan kerana membekalkan tenaga, vitamin larut lemak A, K, D, dan E. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan.
Bagi menyediakan sendiri makanan untuk keluarga, ada beberapa perkara perlu anda praktik. Antaranya ialah pemilihan bahan mentah. Pastikan bahan-bahan tersebut segar, tidak busuk, tidak berubah warna dan tidak berkulat. Semasa membersihkan bahan-bahan mentah, pasti dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bersihkan segala kekotoran yang ada. Ketika memasak, terutamanya ikan, makanan laut, daging, ayam dan telur dimasak sehingga betul-betul masak. Semasa menyajikannya pula, pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah dan jangan menyimpan makanan yang sudah dimasak lebih daripada empat jam pada suhu bilik.
Panduan menyediakan hidangan sihat:
  • Pastikan anda mengambil kira tentang Piramid Pemakanan setiap kali anda menyediakan hidangan untuk keluarga.
  • Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang.
  • Gunakan bahan mentah yang segar.
  • Jaga kebersihan ketika di dapur.
  • Kurangkan penggunaan gula dan garam ketika memasak.
  • Penggunaan lemak juga perlu dikurangkan.
  • Cuci bahan-bahan mentah yang ingin dimasak bersih-bersih.
Makanan siap dan segera
Makanan segera memang sangat digemari kanak-kanak lebih-lebih lagi makanan yang menawarkan permainan sebagai hadiah. Membeli makanan di restoran atau gerai-gerai pula adalah pilihan bagi ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak ada banyak masa untuk masak sendiri. Memang cara ini lebih mudah, ringkas dan cepat. Tapi, kita sering terlepas pandang tentang bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang dibeli itu. Adakah makanan tersebut sesuai untuk setiap ahli keluarga atau tidak? Bukan sahaja kandungan, tahap kebersihan dan proses penyediaan makanan tersebut adakah benar-benar mencapai tahap yang sepatutnya?
Selain daripada memilih untuk membeli makanan siap dimasak di restoran atau gerai-gerai, ada ibu bapa yang lebih selesa memilih restoran makan segera dengan alasan kebersihan premis dan proses penyediaan yang lebih terjamin. Malah, kita semua sering diberitahu tentang khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut. Jadi, kita rasa lebih selamat memberi anak makanan segera berbanding makanan di restoran. Tepatkan keputusan yang kita buat itu?
Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan.
Kandungan sebenar makanan segera anda:
  • Burger daging seberat 230gm dianggarkan mengandungi 57gm lemak tulen. Selain lemak, burger daging mengandungi protein, zat besi, vitamin B12 dan sedikit serat. 
  • Ayam goreng kaya dengan lemak dan banyak garam. Walaupun begitu, di dalam ayam goreng juga ada protein, niasin dan vitamin B6.
  • Kentang goreng juga mengandungi banyak garam dan lemak selain daripada protein dan vitamin C.
  • Minuman berkarbonat terlalu banyak gula, pewarna kimia dan kafeina.
Jika terpaksa membeli di restoran atau gerai, ada beberapa perkara perlu diikuti:
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
  • Hadkan pengambilan makanan yang dirasakan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa tambahan.
  • Jangan beli makanan yang sudah hangus.
  • Pastikan makanan yang dibeli tidak mengandungi benda-benda asing seperti rambut, batu, pasir dan serangga.
  • Perhatikan juga persekitaran restoran atau gerai.
  • Perkakas yang digunakan untuk menyajikan makanan pun perlu diperhatikan.
  • Elakkan makanan yang sudah digoreng berulang kali.
  • Pilih hidangan yang seimbang mengikut piramid pemakanan.
  • Untuk minuman, elakkan minuman berkarbonat.
Kalau terpaksa membeli di restoran makanan segera pula,
  • Pilih ayam panggang dan elakkan memilih ayam goreng.
  • Pilih saiz sajian yang kecil.
  • Pilih hidangan yang kurang lemak.
  • Jangan pesan minuman berkarbonat, sebaliknya pilih jus buah-buahan atau air kosong .
  • Jika ingin mengambil salad, pastikan sosnya rendah kalori.

Thursday, 16 August 2012

Yeayy, Seronoknya Bantu Mama!


pix a
Mendidik anak-anak melakukan aktiviti mengemas dan membersihkan rumah adalah satu didikan awal amalan kebersihan di rumah. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung. Asuhan seawal usia lima hingga enam tahun boleh dimulakan di rumah.  
Mengajak anak-anak turut serta dalam kerja-kerja rumah memberikan banyak faedah. Selain dari menjadikan mereka berdikari, ia juga memupuk rasa bertanggungjawab dan merupakan latihan awal mereka tentang tugas-tugas berkaitan kebersihan di kediaman. Selama ini mereka hanya melihat sahaja kelakuan orang dewasa dan sesekali meniru aksi orang yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa dan adik-beradik membuat kerja rumah ketika bermain. Kini tiba masanya untuk mereka mencubanya sendiri.
Merujuk buku Mrs Clean Jeans Housekeeping for Kids, karya Tara Aronson, terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan bagi menggalakkan anak-anak melakukan tugas-tugas mengemas sesuai dengan usia mereka.
10 cara libatkan anak-anak:
1-Senaraikan tugasan
Ajak si manja anda berbincang ceritakan kepadanya tentang tugas-tugas yang perlu kita lakukan bersama dalam kediaman. Gunakan ayat yang paling mudah difahaminya. Terangkan padanya sudah tiba masanya untuk dia membantu ibu bapa melunaskan tugas di kediaman. Pasti si kecil akan teruja untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa kerana pada peringkat umur ini mereka gemar berlagak dewasa.
2-Beri dia kebebasan
Kebebasan dapat menyerlahkan kreativiti seseorang termasuklah kanak-kanak! Biarkan si kecil anda memilih tugas yang disukainya. Elakkan daripada memaksa dan biar dia melakukan dengan rela hati. Kekerapan sekali seminggu atau empat kali sebulan pastinya tidak membebankan. Penerangan anda amat penting supaya anak anda memahami tugas yang perlu dilunaskan olehnya.
3-Tetapkan masa
Anda perlu menetapkan masa yang sesuai untuk pelaksanaan tugasnya. Oleh sebab anak anda masih tidak mengetahui masa, anda perlu Ingatkan si manja anda apabila tiba masanya untuk dia melipat pakaian atau mengemas mainan dan meja tulisnya.  Tidak mustahil lama-kelamaan hal tersebut akan menjadi rutinnya tanpa perlu diingatkan berulang kali!
4-Berikan tempoh masa yang sesuai
Tugas ini memerlukan komitmen bersama. Ibu bapa perlu berikan tempoh yang sesuai dan memastikan perlaksanaan tugas-tugas membersihkan dan mengemas ini tidak mengganggu jadual harian si manja. Jangan pula ponteng aktiviti mingguan mereka seperti kelas berenang atau kelas seni mempertahankan diri dek kerana kerja rumah yang perlu disiapkan.
5-Berikan panduan dan penerangan secara praktikal
Awas ibu bapa semua! Berikan kepada anak-anak secukupnya sebelum membiarkan mereka melakukan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ini agar matlamat mendapatkan kediaman bersih dan kemas tercapai. Pada peringkat usia ini, anak anda sudah   boleh memahami langkah-langkah mudah.
6-Jadikan ia satu bentuk mainan
Ciptakan suasana yang menyeronokkan dengan nyanyian dan lagu. Pasang muzik kegemaran sepanjang pelaksanaan aktiviti membersihkan ini agar si kecil anda tidak bosan dan kekal cergas.
7-Ganjaran, motivasi dan upah
Pujilah Si manja anda apabila dia berjaya melakukan tugas-tugasnya. Sekali skala anda boleh menyuntik motivasi kepada anak-anak dengan memberikan ganjaran atau upah yang bukan berbentuk wang seperti buku, tiket menonton wayang atau hidangan makan tengah hari kegemaran mereka.
8- Lakukan aktiviti secara berkumpulan
Bagi menimbulkan keseronokan, laksanakan kerja rumah dalam kumpulan. Misalnya gabungkan si manja dengan kakaknya yang berusia 10 tahun untuk mengemas bilik tidur yang dikongsi mereka.  Pada usia lima dan enam tahun anak-anak sudah faham erti kerja sama dan bantu-membantu. Anda juga boleh turut serta. Aktiviti ini akan lebih menyeronokkan dan merapatkan hubungan  kekeluargaan.
9- Jumlah tugas
Berapa pula tugas yang mampu dilaksanakannya dalam sehari? Gunakan formula ini untuk menentukannya. Formulanya ialah: 
  • Umur dibahagikan dengan 2=jumlah tugas yang mampu dilaksanakan sehari mengikut umur
  •  Sebagai contoh bagi anak berusia lima tahun, maka boleh  dipertanggungjawabkan dua  hingga tiga tugasan seperti membantu  anda melipat pakaian bersih, mengemas mainan dan menyiram pokok dalam tempoh yang ditetapkan.
 10-Hadkan penggunaan gajet berbahaya
Penggunaan peralatan yang tajam seperti gunting dan pisau juga perlu dielakkan pada usia ini. Jika perlu menggunakan peralatan seperti penyiram pokok atau penyapu, anda boleh melatih mereka terlebih dahulu teknik penggunaan yang betul. Penerangan dan demo menerusi langkah demi langkah oleh anda untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

TUGAS MENGIKUT UMUR 
5 tahun
-mengumpul dan menyimpan barang-barang permainan ke dalam sebuah kotak.
-meletakkan pakaian  kotor ke dalam bakul.
-melipat pakaian bersih dan menyimpannya ke dalam laci.
-meletakkan pinggan dan mangkuk kotor ke dalam singki.
-menyimpan barang permainan ke dalam kotaknya atau tempat khas.
-menyimpan kembali buku ke rak dan mengemas alat tulis ke dalam kotak khas.
-menyimpan cakera padat ke raknya.
-mengelap perabot.
-menyiram pokok.
6  tahun
-aktiviti mengemas di atas dan;
-memandikan haiwan peliharaan dan membersihkan mangkuk makanannya.
-membantu membersihkan makanan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
-mengemas kamar tidur sendiri.
-membersihkan lantai menggunakan penyapu.
-membersihkan lantai atau permaidani menggunakan penyedut hampa gas dengan bantuan (bergantung pada saiz penyedut hampa gas).
-mengasingkan sampah dengan bahan buangan yang boleh dikitarkan semula.
-membuang sampah dari bakul sampah ke tempat pengumpulan sampah utama di rumah.
-menyapu daun-daun kering di halaman.
-melakukan aktiviti berkebun yang asas seperti mencantas pokok dan menggemburkan tanah.

(Sumber: Majalah Pa&Ma September 2012)