Pages

Subscribe:

Saya Perlukan Rundingan Dari Biodex Perak !!!

Nama Penuh:
Email Address:
No HP
Umur
Tinggi (cm)
Berat (kg)
Usia Perkahwinan
Pernah mendapat rawatan Pakar Sakit Puan ? Ya
Tidak
Masalah kesuburan dan sukar hamil yang dihadapi (sila ceritakan secara terperinci seperti ada msh period tak teratur, senggugut, pernah keguguran, cyst,fibroid, endometriosis dan lain2 yang berkaitan)
Pernah mendapatkan PKB sebelum ini?Jika pernah apakah set yang diambil.

Click here to put a form like this on your site.

Sunday, 23 September 2012

Tiga Langkah Untuk Hamil Dengan PKB - BIODEX


Biodex menyimpulkan segala permasalahan kehamilan, sama ada berkaitan ovulasi, kesuburan, ketumbuhan atau keguguran kepada tiga aspek untuk diberi penekanan bagi meningkatkan potensi untuk hamil.

Program Kehamilan Biodex (PKB) memanfaatkan kaedah serta disiplin pemakanan yang sihat dan selamat bagi membantu memulih fungsi tubuh untuk meransang kehamilan. Setiap komponen pemakanan mempunyai khasiat serta faedah yang tersendiri sama ada untuk membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan kehamilan mahupun untuk meningkatkan potensi kehamilan yang sihat dan selamat.

Selain itu, PKB juga memberi penekanan kepada kesihatan ibu serta janin atau bayi semasa waktu kehamilan dan seterusnya hingga proses kelahiran.

Secara umumnya, Biodex merumuskan tiga langkah utama untuk kehamilan:

Pencucian / Pembersihan

Mencuci saluran falopian, mengatasi masalah senggugut dan haid tidak teratur, meningkatkan metabolisma, memperbaiki sistem penghadaman, memecah lemak, membuang angin, serta mencegah bakteria dan virus.

Meningkatkan Kesuburan

Memulih fungsi sel, menseimbangkan kandungan nutrien untuk kesihatan dalaman, menguatkan sistem tubuh, meneutral kandungan toksin, mengawal berat badan, serta mengatasi masalah cyst, fibroid (ketumbuhan) dan endometrosis.

Menguatkan Rahim

Menguatkan sistem imunisasi badan, tulang, sistem saraf dan otot-otot rahim, melancarkan peredaran darah, mengawal lendir dan lelehan, mencegah pendarahan dan keguguran.

Ketiga-tiga langkah ini perlu diberi perhatian dan penekanan bagi setiap wanita yang mengalami masalah kehamilan. PKB menawarkan produk-produk terbaik untuk membantu setiap langkah yang dinyatakan. Pemilihan produk serta panduan pemakanan atau pengambilan juga amat penting dalam menentukan disiplin yang sesuai mengikut latarbelakang kesihatan serta masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.

PKB perlu difahami dengan jelas bagi mendapatkan kesan positif dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian, di Biodex rundingcara sebelum penyertaan dalam PKB melalui kakitangan atau wakil yang bertauliah amatlah penting.

HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMAT RUNDINGAN SEKARANG!!
012 549 1981

Saturday, 22 September 2012

AWAS, HAID TIDAK TERATUR SALAH SATU TANDA ANDA MENGHIDAP PCOS!!


Bismillah.....Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog yang setia. Semoga hari anda hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ni saya nak bagi sedikit info mengenai PCOS dimana sangat ramai yang mendapatkan khidmat rundingan daripada saya 90% nya mengalami PCOS tanpa mereka sedari.

Artikel dibawah saya petik dari suratkhabar Harian Metro yang saya rasa infonya sangat jelas dan mudah difahami.

RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.



“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.



Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.



“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.



“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.



Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.



Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.



Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.



Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.



Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.



Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.


Siapa yang berisiko mendapat PCOS

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


1) Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


2) Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin. Ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


3) Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  1.     Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  2.     Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  3.     Ujian darah Progesterone/Testesterone
  4.     Ujian darah prolaktin
  5.     Ultrasound Pelvis- rahim dan ovary



Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.


1) Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.


2) Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

3) Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


Mengenai PCOS
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  •    Masalah jerawat.
  •    Kitaran haid tidak menentu.
  •    Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  •  Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  •   Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  •   Keguguran rambut.
  •   Kurang subur.
  •  Sukar hamil



Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :  
  1.  Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
  2. Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
  3. In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.


SET RAWATAN PCOS



Dapatkan rundingan kesuburan dan kehamilan dengan pakar kami sekarang!!!


Tuesday, 4 September 2012

Anak Menangis, Papa Usah Panik



pix c
Kenapa bayi menangis
Sebenarnya, menangis merupakan cara bayi berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya sebelum dia tahu bercakap. Bagi ibu bapa baru, tangisan bayi dikatakan serupa sahaja. Akibatnya mereka rasa keliru dan tidak tahu apa yang diingini oleh anak.  Tapi lama kelamaan, setelah berbulan-bulan bersama anak, tangisan tersebut mula dapat dibezakan. Dan anda tentunya tidak lagi panik.
Untuk pengetahuan papa semua, kalau anak anda menangis, ada beberapa makna. Antaranya ialah:
  • Sebab basah
  • Sebab lapar
  • Perlukan perhatian
  • Rimas akibat terlalu banyak perhatian
  • Sakit
  • Penat
  • Sudah terjaga daripada tidur
  • Rasa tidak selesa
Apakah yang perlu papa lakukan?
Pakar pediatrik dan papa-papa berpengalaman ada beberapa panduan untuk anda agar tenang berhadapan dengan bayi yang menangis.
  • Bertindak segera
Anda perlulah cepat memberikan tindak balas terhadap tangisan anak. Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia dan dukunglah dengan penuh kasih sayang. Bercakaplah padanya dengan suara yang lembut. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat berhenti.
  •  Rapat
Jika anak sudah menangis, bawa bayi rapat ke muka anda sebab jika dia buka matanya, dia akan nampak anda. Hasilnya, dia akan rasa tenang dan seterusnya berhenti menangis kerana tahu anda berada dekat dengannya.
  • Periksa sekeliling anak
Periksa sama ada anda perlu salinkan lampinnya atau pun tidak? Semasa menukar lampin tersebut, periksa juga kulit bayi anda untuk melihat adakah kulitnya ada ruam lampin ataupun tidak? Ruam lampin lazimnya membuatkan anak rasa tidak selesa terutamanya ketika basah lebih-lebih apabila terkena air kencingnya.
  •  Haus
Lihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum, berikan dia susu kerana dia mungkin haus.
  •  Periksa suhu badan anak
Sekiranya anak sejuk, selimutkanlah dia dan jika dia panas, tukarkan pakaiannya kepada yang lebih nipis agar anak lebih selesa.
  •  Bawa anak berjalan-jalan
Ramai bayi akan berhenti menangis jika dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan cara ini. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis.
  •  Gunakan bunyi-bunyian
Anda tentu tahu bahawa pada trimester ketiga kehamilan, bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan ibunya. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio atau sebagainya.
  •  Jangan goncang bayi anda
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan ibu bapa rasa tertekan setiap kali anak mereka menangis. Akibatnya mereka akan menggoncang-goncang bayi tersebut dengan harapan dia akan berhenti menangis. Ketahuilah bahawa tindakan tersebut sangat bahaya kerana boleh mencederakan. Goncangan yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pada otak bayi, kecederaan tulang belakang dan kematian.
  •  Bawa anak ke tempat lain
Anda tentu tidak terfikir yang anak anda menangis ialah kerana bosan. Bosan dengan persekitarannya. Oleh itu, bawalah anda bersiar-siar melihat kawasan sekitar yang lebih berwarna-warni dan menyegarkan.
  •  Periksa keadaannya
Jika anak anda menangis seperti berada dalam kesakitan, perhatikan pada tubuhnya, mungkin dia digigit semut atau serangga lain. Mungkin juga anak anda menangis kerana kolik. Bayi yang mengalami kolik lazimnya akan menangis dengan kuat untuk satu jangka masa yang panjang, mukanya akan berubah menjadi kemerah-merahan, perutnya kelihatan tegang, menangis sambil menarik-narik kaki, dan mengepalkan tangannya. Jika berhadapan dengan masalah ini, anda perlulah membantu meringankan kesakitan anak dengan mendukung dan mendodoinya secara perlahan-lahan. Pada masa yang sama, usaplah punggung dan perutnya secara lembut. Sekiranya tangisan berterusan, bawalah anak berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah lain.
 Berhadapan dengan bayi yang menangis benar-benar menguji kesabaran. Sebagai papa, anda mestilah banyak-banyak bersabar, bertenang dan bertindak mengikut suara hati. Bukan mengikut perasaan.  

sumber : PA&MA

Proses-proses Kelahiran


1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
  • Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
  • Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.
 2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.
 3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
 Info
Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 
sumber : PA&MA

Kenali Tanda Awal Bersalin


are on google_pluso

pic 2
pic 2
Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre. 
Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:
1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.
2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.
 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Anak Jejaskan Hubungan Intim?



pix
Keletihan dan komitmen baru isteri setelah bergelar ibu membuatkan suami terabai. Akibatnya, bahang asmara semakin suam. Jadi, anda sebagai suami cubalah bantu isteri untuk menghangatkannya kembali. Untuk itu, marilah dapatkan tip berkesan.
Kehadiran anak mengubah segalanya. Bagi ibu baru, memang sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Dalam kesakitan, keletihan dan emosi yang tidak stabil, dia masih perlu berikan perhatian pada si kecil. Jadi, tidak hairanlah jika mereka terlepas pandang pada anda yang bergelar suami.
Bagi ramai wanita, mengadakan hubungan intim dengan suami boleh jadi sangat mencabar selepas ada anak. Kehadiran anak menjadikan mereka hampir tidak ada masa untuk pasangan. Setiap detik hanyalah untuk anak. Lebih-lebih pada peringkat awal bergelar ibu. Keadaan bertambah kronik jika anda sebagai suami tidak membantu. Seperti yang kita semua ketahui, bayi sangat-sangat perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya. Jadi, ringan-ringankanlah tangan sekiranya anda mendapati isteri kelam-kabut menguruskan anak dan rumah tangga sendirian. Apabila isteri sudah kurang sibuk, pasti dia ada masa untuk anda. Betul tak?
Bersama-sama ini ada beberapa idea bagaimana untuk terus bermesra dengan isteri selepas ada anak:
  • Berbincang
Lazimnya, anak membuatkan pasangan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dengan anak. Langsung tidak ada masa untuk anda. Cara terbaik bagi memastikan aktiviti seksual tidak terganggu ialah dengan menetapkan masa untuk bersama. Berbincanglah bersama isteri dan cari waktu yang sesuai yang boleh anda luangkan bersama. Diakui bukan mudah untuk mencari masa luang lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Tapi percayalah. Mesti ada jalan. Yang pentingnya kemahuan. Tepuk dada tanya selera.
 
  • Mesti kreatif
Ramai pasangan enggan melakukan hubungan kelamin kerana bimbang anak akan nampak atau dengar apa yang mereka lakukan. Jika hal ini menjadi masalah anda dan isteri, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Lakukannya di dalam bilik tetapi jangan lupa mengunci pintu. Selain itu, ajar anak mengetuk dahulu pintu bilik sebelum masuk. Anda boleh juga melakukannya pada waktu malam tatkala anak sedang tidur. Tapi, pastikan jangan terlalu bising hingga mengganggu tidur mereka. Kalau susah sangat, waktu mandi pun boleh.
  • Timbulkan rasa seronok
Setelah berjaya meluangkan masa bersama isteri, berseronoklah dan nikmati saat itu sebaiknya. Sebaik-baiknya, elakkan daripada bercerita tentang anak-anak. Lupakan mereka buat sementara. Ketahuilah bahawa masa bersama isteri tidak seharusnya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak perkara boleh anda lakukan selain itu. Misalnya, bermanja-manja, menonton filem menarik dan mandi bersama.
Patut papa lakukan:
  • Aturkan percutian romantik bersama isteri untuk kembalikan kehangatan cinta semalam.
  • Lakukan perkara-perkara romantik bersama isteri seperti yang biasa anda lakukan dahulu.
  • Belajar untuk fahami perubahan fizikal dan emosi isteri setelah bergelar ibu.
  • Tawarkan diri untuk menjaga anak agar isteri ada masa untuk dirinya sendiri.
  • Berikan isteri hadiah yang boleh menggembirakan hatinya.
  • Sentiasa memuji kecantikan isteri. Tetapi pastikan anda ikhlas.
  • Luahkan apa yang anda rasa padanya. Tidak kiralah sama ada yang positif mahupun negatif. Semua ini untuk keharmonian rumah tangga anda berdua.
Jangan buat:
  • Merungut padanya tentang kehidupan anda berdua yang sudah jauh berbeza.
  • Memaksa dia dapatkan kembali susuk tubuh seperti ketika baru berkahwin dahulu.
  • Memandang remeh susah payah isteri menjaga keluarga.
  • Asyik hendak berkepit dengan isteri tanpa memikirkan yang dia bukan milik anda seorang.
  • Memaksa dia memperuntukkan masa untuk anda sedangkan anda tidak membantunya menguruskan anak-anak.

Tip segarkan dunia seksual anda
1. Pengertian makna seksual sebenar
Beritahu diri bahawa seks bukanlah hubungan intim semata-mata. Malah, lebih daripada itu. Oleh itu, para suami luang sedikit masa di pagi hari untuk membelai mesra rambut isteri sebagai tanpa kasih dan sayang anda pada isteri.
2. Kisah cinta anda berdua
Cubalah elakkan daripada bercerita tentang anak-anak tatkala anda sedang berdua-duaan dengan isteri. Berceritalah tentang kisah cinta anda berdua dan impian pada masa hadapan. Pasti lebih menyeronokkan.
3. Jadi lebih kreatif
Untuk bermesra dengan isteri, tidak semestinya di rumah. Ada banyak tempat yang boleh anda pilih. Misalnya di hotel. Fikirlah sendiri mana yang sesuai dengan cita rasa anda berdua. Yang pentingnya anda berdua rasa gembira.
4. Aksi spontan
Hubungan kelamin bukan hanya di bilik. Banyak lagi ruang di rumah anda yang boleh dijelajah untuk berikan kelainan. Tapi, sebelum itu, pastikan tidak ada yang perasaan aktiviti anda berdua. Terutamanya anak-anak.
5. Lebih realistik
Jangan malu-malu minta pada isteri jika anda ‘mahu’ kerana isteri tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anda. Lebih baik berterus-terang. Kalau tidak ada yang tidur tak nyenyak. 
sumber : Majalah PA&MA